Penglibatan dalam politik Mohd_Rashid_Hasnon

Dato' Mohd Rashid pernah menjadi Timbalan Pengerusi GERAK Pulau Pinang pada tahun 1999. Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan di majlis tertinggi PKR. Dato' Mohd Rashid merupakan antara pengasas PKR di Pulau Pinang dan pernah berkhidmat sebagai Naib pengerusi PKR Pulau Pinang. Ketika menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), beliau banyak menguruskan projek-projek pembaikan dan naik taraf kemudahan awam seperti jalanraya, taman permainan, penghijauan taman, lampu jalan dan lain-lain, melalui kempen kesedaran CLEANER, GREENER, HEALTHIER & SAFER PENANG. Selain itu, Dato' Mohd Rashid yang merupakan pemimpin Melayu nombor satu di Pulau Pinang pada ketika itu memberi perhatian secara khususnya kepada pembangunan kaum bumiputera dalam pelbagai sektor.